Jom Tempah Kad Bisnes Murah dan Cantik Dengan Fizgraphic #SBB

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, ada tak sesiapa kat sini yang tercari-cari designer hebat untuk designkan kad bisnes untuk korang? Kalau ada ini adalah post yang sangat tepat untuk anda. Sila baca sampai habis ya. Hehehe..

Kenapa kita perlukan kad bisnes ?

Kad bisnes mempunyai banyak fungsi yang pelbagai. Bagi seorang blogger macam saya, kad bisnes diperlukan untuk memperkenalkan blog kita kepada kenalan baru dan lama. Selain itu, jika terdapat mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat daripada kita boleh rujuk cara untuk berhubung melalui kad bisnes. Di situ mereka boleh contact kita sama ada melalui email, facebook, twitter dan instagram.

Dan untuk tujuan itu, kad bisnes kita kalau boleh kenalah design cantik-cantik yang mampu menarik perhatian mereka. Kalau korang nak tempah design kad yang cantik dengan harga yang sangat berpatutan boleh order dengan Fizgraphic. Saya gunakan servis Fiz untuk kad bisnes yang saya bawa semasa majlis #SBBYEOS2014 yang lalu.

Kalau nak tengok hasil kerja Fizz silalah tengok gambar di bawah ni:


Ni contoh yang saya punya je, kalau nak tengok banyak lagi tempahan kad bisnes yang pernah dibuat oleh Fizgraphic boleh tengok portfolio dia kat LINK INI. Serius semuanya cantik-cantik gila. 

Ramai juga blogger-blogger terkenal dan usahawan terkenal yang menempah dengan Fizz ni. So kalau korang selama ni pening-pening kepala ke sana sini mencari designer yang hebat tapi tak jumpa, boleh cepat-cepat hubungi dia ok..

Kena cepat, sebab Fizz akan siapkan design mengikut giliran ya.. Siapa cepat dia dapat dulu lah. Hehe, sekian terima kasih :)

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment