Servis Design Kad Bisnes Cantik dan Berkualiti Tinggi Oleh Malaya Design & Printing Services


Kerja design kad bisnes bukan satu tugas yang mudah. So kali ni saya mahu kongsikan sebuah penyedia servis design dan print kad bisnes yang CANTIK dan BERKUALITI TINGGI. Mohon jangan confuse ya, yang cantik dan berkualiti tinggi adalah kad bisnes yang dihasilkan, bukan merujuk kepada tuan punya badan tu sebab dia adalah seorang blogger yang kacak dan maskulin, tak main la cantik-cantik aww aww ni. Hehehe..

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai kad bisnes ni selepas mendapat feedback yang sangat positif mengenai kad bisnes saya daripada rakan-rakan blogger yang hadir dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2014 pada 8 Mac yang lalu.

Ramai yang memuji kad bisnes saya sangat cool dan cantik design nya siap ada embossed effect lagi. Hehe terima kasih tetapi saya balas kepada kawan-kawan semua bukan saya yang design kad ini tetapi saya cumalah menyerahkan 100% tugas untuk design dan print kad bisnes saya ni kepada Haru Elie. Beliau menjalankan perniagaan design kad bisnes melalui syarikatnya Malaya Design & Printing Services.

Jom tengok gambar hasil kad bisnes saya, cantik kan? Ni kalau korang tengok yang dah siap di print mesti lagi terkejut dengan hasilnya, sangat mengagumkan.


Kalau anda semua nak tahu, sebenarnya inilah kali pertama saya menempah kad bisnes sendiri. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak mempunyai kad bisnes sendiri. Mula-mula memang takut sangat nak tempah kad bisnes ni sebab takut designnya tak mengikut apa yang kita nak tetapi alhamdulillah Haru Elie berjaya memenuhi keinginan saya.

Mudah je rupanya nak berurusan dengan si Haru ni, dia hanya minta saya emailkan sekeping gambar yang jelas berserta maklumat yang mahu dipaparkan pada kad yang mahu dihasilkan. Oh ya kena bagitau jugak kita nak design kad tersebut mengikut 'Theme' apa. Itu sahaja.

Kemudian dalam 24 jam lepas tu Haru Elie reply email dengan contoh design yang telah disiapkan. Perghh memang gempak sangat. Lepas tu dia berikan peluang untuk kita ubah mana-mana bahagian yang mahu diperkemas. Bagitau je lah apa-apa insyallah akan dibantu asalkan tak lari banyak daripada yang asal. Kalau tak memang kena buat design baru jelah. Kesian dia. Hehe..

Alhamdulillah saya memang berpuas hati sangat dengan hasilnya selepas menerima sendiri kad bisnes ni semasa mendaftarkan diri di #SBB2014. So kepada sesiapa yang mahu menempah Servis Design Kad Bisnes Cantik dan Berkualiti Tinggi boleh lah hubungi Malaya Design & Printing Services. Senang sangat nak contact, just hantar message kepada mereka melalui fanpage rasmi https://facebook.com/malaya.design .

Jangan takut dengan harga yang dikenakan sebabnya Haru Elie ni baik orangnya, dia tak caj banyak-banyak pun. Semunya bersesuaian dengan kualiti design dan kad yang dihasilkan.

Kad bisnes yang ada pada saya sekarang ni menggunakan kertas tebal yang keras, dan di print dengan color yang jelas berserta effect embossed pada bahagian nama dan muka kacak saya tu. Nampak macam kad bisnes i ni 3D you.. Memang meletopzz! Haha

So sampai sini jelah perkongsian pada kali ni. Terima kasih banyak Haru Elie atas jasa baikmu tolong aku siapkan kad bisnes ni. Insyallah next time kalau ada kerja-kerja design yang lain boleh di outsource sahaja kepada hang, si designer terulung di Nusantara :p

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment