Router WiFi Internet Murah dan Terbaik

Sudah lebih seminggu rasanya aku tak online, semuanya disebabkan oleh router wifi internet aku disambar petir dan rosak serta merta. Tak sangka pulak boleh kena sebab selama ni pun kalau aku balik ke kampung, suiz router wifi ni memang tak pernah dimatikan pun dan tiada sebarang masalah pun. Betul lah kata orang dulu-dulu, malang memang tak berbau. Kalau tidak mesti dah dapat elak.

Alhamdulillah hanya router internet saja yang kena, tak dapat bayangkan kalau peralatan lain pun kena sambar sekali mesti lebih bahaya lagi. Mungkin juga ni satu pengajaran buat aku, dan boleh jadi ianya satu petanda untuk aku membelanjakan sedikit wang membeli router wifi internet baru yang murah dan terbaik lagi.

Kenapa nak beli baru? Sebabnya kalau kes-kes kena sambar petir ni memang tak boleh claim warranty tetapi kalau boleh pun aku tak boleh claim juga sebab warranty router wifi aku ni dah lama tamat tempoh. Aku sendiri sudahpun menghubungi pihak TM (Telekom Malaysia) dan mereka juga sahkan memang takde ganti rugi untuk router internet selepas setahun daripada tarikh penggunaan pertama kali.

Jadi nak tak nak kena lah beli yang baru, sebab router ni penting bagi aku untuk urusan-urusan blogging dan yang sewaktu dengannya. Dah banyak sangat kerja-kerja tergendala sebab masalah yang berlaku. Nak daftar subjek untuk semester baru pun tak boleh kalau berterusan macam ni, memang kena cepat-cepat selesaikan. Internet sekarang penting tak macam dulu-dulu kalau takde pun masih boleh diterima lagi.


Mencari Router WiFi Internet Murah dan Terbaik


Mula-mula bila nak mencari router wifi murah dan terbaik, aku luangkan masa dua hari untuk survey harga router yang ada dijual kedai-kedai komputer berdekatan. Semua router yang ada dijual pada harga bermula Rm100 dan ke atas. Aku rasa macam mahal dan tak mustahil ada yang jual lebih murah lagi.

Jadi aku pun pergi ke cyber cafe untuk mendapatkan akses internet. Cuba buat research online pula dan alhamdulillah ada banyak pilihan yang lebih murah dan berbaloi. Tetapi kalau beli online ni kita tak dapatlah nak belek belek router ni, dan satu lagi penghantaran ke rumah memakan masa 5-8 hari waktu bekerja.

Nak murah punya pasal, aku mengambil keputusan untuk buat pembelian online di website Lazada. Sebabnya kalau beli router wifi internet dengan lazada boleh redeem kupon diskaun dan kalau ada masalah boleh minta ganti yang baru dalam 14 hari selepas pembelian.

Dengan harga tak sampai Rm80, aku akan menerima sebuah router internet yang baru dalam linkungan masa 7 hari daripada sekarang. Tak sabar rasanya nak kembali online dan teruskan semua kerja yang tergendala sebelum ni.

Kepada rakan rakan yang ada berurusan dengan aku, aku minta maaf sangat sangat sebab menyusahkan korang. Kalau ada apa apa boleh message terus di facebook aku insyallah nanti dah ok semua aku reply balik ya.

p/s: terkejut pulak bila harga caj guna cybercafe sekarang ni dah naik, tak macam dulu-dulu...


Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment