Filem Animasi Wajib Tonton Pada Musim Cuti Sekolah Tahun Ini

Musim cuti sekolah panjang bagi adik-adik yang masih bersekolah sudah pun bermula, sudah pasti ramai dalam kalangan mereka yang sedang berkira-kira apakah aktiviti paling sesuai untuk dilakukan pada cuti sekolah kali ini selain membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah.

Jadi saya cadangkan adik-adik semua pergilah ke mana-mana panggung wayang berdekatan untuk menonton filem animasi Legends of Oz : Dorothy's Return yang sangat menyeronokkan ni!


Selepas menonton sendiri filem animasi ini, saya memang amat-amat menggalakkan adik-adik semua untuk menontonnya juga nanti. Oh ya kalau nak tahu serba sedikit maklumat mengenai animasi ni boleh teruskan bacaan di bawah ya..

SINOPSIS LEGENDS OF OZ: DOROTHY'S RETURN

Masih segar di ingatan Dorothy tentang pengembaraan yang menakjubkan ke bumi Oz. Namun, kini dia kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar! Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy (Lea Michele) dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), the Lion (Jim Belushi) and the Tin Man (Kelsey Grammer).

Putaran masa dibumi Oz jauh lebih pantas berbanding Kansas sehingga Dorothy menyedari Jester (Martin Short) – abang kepada Wicked Witch of the West yang penuh tipu muslihat – telah menawan bumi Oz daerah demi daerah.


Jester telah menangkap setiap ketua kawasan dan meninggalkan daerah tersebut di dalam sumpahan kegelapan. Glinda (Bernadette Peters) tidak mampu untuk menentang kuasa jahat Jester maka Dorothy adalah pengharapan mereka yang terakhir.

Setibanya Dorothy di bumi Oz, dia telah mengatur strategi untuk ke Emerald City dan berjumpa kembali dengan rakan-rakan lamanya seperti Wiser the Owl (Oliver Platt), Marshal Mallow (Hugh Dancy), China Princess (Megan Hilty) dan Tugg The Tugboat (Patrick Stewart) sekaligus bergabung kekuatan dan kuasa untuk menentang kejahatan Jester. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah yang disangkakan. 

Jester amat licik di dalam memerangkap kemaraan Dorothy.

Sungguhpun Dorothy berasa amat bertuah dan bersyukur kerana mempunyai ramai kenalan yang membantu dan menyokongnya, sesuatu yang terlintas di fikirannya ialah ia turut membahayakan nyawa rakan-rakannya juga. Jadi, dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersendirian.


Demi mempertahankan bumi Oz, Dorothy dengan penuh keberanian dan keazaman bersama rakan-rakannya menentang kejahatan Jester dan mengembalikan keamanan semula kepada Emerald City.

Legend Of Oz: Dorothy's Return Filem Animasi Wajib Tonton Pada Musim Cuti Sekolah Tahun Ini.

Cerita kartun animasi 3D yang diarahkan oleh Will Fin dan Daniel St. Pierre ini merupakan sebuah filem yang perlu ditonton oleh anda semua kerana ianya sudah pun diiktiraf sebagai sebuah animasi yang menyeronokkan selepas ditayangkan lebih awal di beberapa buah negara yang lain.

Dengan jalan cerita yang mudah difahami dan penuh dengan aksi lucu serta nilai moral yang tinggi, filem animasi ini sememangnya sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Animasi ini juga dijangka bakal menjadi popular sama seperti filem animasi Frozen oleh Disney.


Saya sendiri secara jujurnya memberikan rating sebanyak 4 bintang buat filem Legend of Oz: Dorothy's Return ini dan tidak keberatan untuk mengajak anda semua untuk sama-sama menyaksikan filem ini di pawagam berhampiran bermula 5 Jun depan.

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment