Langkah Kecil Dalam Pelaburan Hartanah

Saya suka pelaburan hartanah. Untuk rekod saya dalam dunia pelaburan hartanah, saya sudah mempunyai portfolio dengan barisan 10 buah hartanah pelbagai jenis termasuklah rumah kediaman dan bangunan komersil.

Memang best rasanya bila dapat kumpul banyak aset dalam permainan 'Jutaria' ni tetapi alangkah jauh lebih bahagianya jika portfolio itu betul-betul dimiliki oleh saya dalam dunia realiti juga. Insyallah satu hari nanti pasti boleh.

pelaburan hartanah

Langkah Kecil Yang Pertama Dalam Pelaburan Hartanah

Hari ini dalam sejarah, saya buat pertama kalinya melibatkan diri dalam dunia pelaburan hartanah dengan modal kewangan yang tersangatlah kecil. Oh kali ini memang real punya, bukan main-main Jutaria lagi ya. Semoga langkah pertama ini akan menjadi pemangkin untuk langkah-langkah seterusnya yang jauh lebih besar ke hadapan.

Melalui pembacaan eBook Pelaburan Hartanah yang telahpun dibeli, saya dapat mengenal pasti beberapa perkara asas mengenai hartanah dan juga jenis-jenis pelaburan hartanah yang mampu memberikan pulangan yang baik kepada para pelabur.

Selepas mengkaji jenis-jenis pelaburan yang ada, saya membuat padanan yang paling sesuai dengan status diri saya untuk bermula dalam pelaburan ini. Jujur katakan, saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan awal ini kerana pelaburan hartanah ini kalau tidak cukup ilmunya mampu menjerat dan menyebabkan kerugian yang tinggi.

Insyallah perjalanan dalam dunia pelaburan hartanah ini akan saya kongsikan secara berperingkat didalam blog ini, dengan tujuan untuk menjadi rujukan saya sendiri di masa hadapan dan mungkin juga boleh menjadi panduan buat rakan-rakan lain yang mungkin juga menanam minat dalam aktiviti pelaburan hartanah.

Sebagai seorang newbie (orang baru) dalam bidang ini, saya amat-amatlah mengharapkan tunjuk ajar daripada sifu-sifu hartanah yang ada. Kalau tidak sifu pun, sesiapa saja yang mempunyai buah fikiran mengenai hartanah jangan segan silu untuk berkongsi dengan saya. Kita sama-sama berkongsi untuk mencapai kejayaan :)

p/s: kalau nak belajar mengenai pelaburan hartanah, saya syorkan anda untuk beli ebook Abang Ensem ni.. memang terbaik dan berbaloi sangat.

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment