5 Aplikasi Percuma Menjamin Percutian Anda Lebih Mudah dan Selamat


Internet memainkan peranan besar dalam perubahan yang berlaku kepada dunia pelancongan hari ini. Pada ketika ini, perjalanan seorang pelancong menjadi semakin mudah dengan bantuan internet terutamanya selepas wujudnya pelbagai laman web seperti web perbandingan harga tiket perjalanan kapal terbang, review pusat pelancongan terbaik dan macam-macam lagi.

Penggunaan telefon pintar yang semakin meluas dan global dari sehari ke sehari membuatkan banyak bijak pandai membangunkan aplikasi pintar untuk memudahkan pelancongan dan dalam entri kali ini, anda akan didedahkan dengan 5 aplikasi percuma smartphone untuk menjadikan percutian anda lebih mudah dan selamat.

Senarai ini telah disediakan oleh Callie Payne, seorang pakar telefon pintar daripada laman web PricePanda.

5 Aplikasi Percuma Telefon Pintar Yang Menjadikan Percutian Anda Lebih Mudah dan Selamat


5. Wikitude

Pernahkah anda merasakan alangkah seronoknya sekiranya semasa berada di negara asing, anda juga dapat mengetahui sedikit latar belakang serta sejarah mengenai tempat tersebut? Dengan menggunakan aplikasi Wikitude, anda hanya perlu menangkap gambar dan segala maklumat mengenai tempat bersejarah tersebut akan terpapar di skrin telefon pintar anda. Best kan?

Ianya adalah hasil kerjasama anda aplikasi wikitude dan juga Yelp dan Trip Advisor. Aplikasi ini mampu memberikan maklumat mengenai banyak lokasi menarik termasuklah restoran-restoran, kedai kopi, bangunan bersejarah dan macam-macam lagi.
Boleh muat turun percuma di Android, dan iTunes

4. LateRooms

Terlupa nak tempah bilik hotel? Ataupun anda mengubah rancangan di saat-saat akhir? Jangan risau, anda masih boleh mendapatkan senarai bilik-bilik hotel yang masih kosong berhampiran anda dengan aplikasi LateRooms ini. Ianya menggunakan GPS untuk mengesan lokasi terkini anda dan memadankan dengan destinasi hotel paling hampir dengan anda.
Boleh muat turun percuma di Android, dan iTunes

3. XE Currency

Jika anda seorang pelancong yang suka berbelanja, menggunakan aplikasi XE Currency ini akan memudahkan anda untuk menukar nilai matawang kepada apa-apa nilai matawang yang ada didunia. Dengan ini, anda tidak akan keliru lagi dan dapat merancang kewangan dengan lebih baik.
Boleh muat turun percuma di Android, dan iTunes

2. Uber

Uber adalah pemandu peribadi yang boleh memberikan servis di 30 buah negara dan 130 bandar-bandar utama. Aplikasi ini paling sesuai buat anda sekiranya anda tidak mahu membuang masa beratur untuk mendapatkan teksi terutamanya di kawasan yang sibuk seperti di lapangan terbang. Dengan Uber, anda hanya perlu membuat tempahan dan beberapa minit kemudian pemandu peribadi akan tiba untuk mengambil anda dan membawa anda ke tempat yang ingin dituju.
Boleh muat turun percuma di Android, dan iTunes

1. Google Maps

Perkara paling dikhuatiri oleh seorang pelancong adalah sesat. Betul kan? Jadi kita sememangnya perlukan aplikasi Google Maps untuk membantu dalam menunjukkan arah yang paling dekat, mudah dan tepat untuk menuju ke sesuatu destinasi. Selain itu, ianya juga memberikan maklumat perjalanan menggunakan pengangkutan awam dan paling penting sekali Google Maps boleh digunakan walau dimanapun anda berada.
Boleh muat turun percuma di Android, dan iTunes

Senarai lengkap 5 Aplikasi Percuma Menjamin Percutian Anda Lebih Mudah dan Selamat ini disediakan oleh PricePanda, yang menyediakan perkhidmatan perbandingan harga yang membantu anda mendapatkan tawaran terbaik di Malaysia. Jika anda berminat dengan perkhidmatan yang disediakan mereka, anda boleh juga membaca perbandingan telefon pintar yang telah dibuat oleh kakitangan mereka.

Semoga dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam menjalankan urusan kehidupan. Sekian terima kasih :)


Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment