iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Berita baik buat blogger semua, Cabaran iPhone 5s Gajet Impian anjuran Denaihati.com sudahpun kembali lagi untuk tahun ini. Untuk kali ini, pihak penganjur iaitu team Denaihati menyediakan 3 buah iPhone 5s sebagai hadiah buat para pemenang.


Mula-mula tak perasan pun contest ni dimulakan sebab agak sibuk kebelakangan ni, tapi bernasib baik apabila ternampak rakan blogger, bro Anarm kongsikan artikel Cabaran iPhone 5s ni dalam blog beliau. Lepas baca habis semua memang rasa teruja nak join Contest Gajet Impian ni tapi tak berminat nak turut serta sebab takut tak dapat fokus memandangkan final exam semakin hampir.

Cabaran iPhone 5s Gajet Impian ni kalau nak sukses memang kena bagi komitmen penuh dan usaha yang berkali ganda, sebabnya ramai blogger yang join sekali so persaingannya nanti akan menjadi lebih sengit. Sebab tu kena fikir betul-betul nak join ke tidak, rugilah kalau join tapi sekadar usaha ala kadar je.

Lepas fikir-fikir, saya ambil keputusan untuk sertai juga cabaran ni. Salah satu sebabnya adalah kerana peluang yang menarik macam ni bukan datang selalu dalam setahun. Insyallah tahun ni adalah rezeki saya untuk menang cabaran gajet impian iPhone 5s ni. Siapa tahu kan? :)

iPhone 5s Gajet Impian

Sebenarnya saya bukanlah peminat nombor satu jenama Apple yang dilabel sebagai 'iFag' tetapi memang tak boleh nafikan kualiti gambar yang diambil oleh iPhone memang cantik, macam guna kamera DSLR. Kenapa nak gambar cantik-cantik? Haha untuk apa lagi, Instagram lah :p

Jom tengok beberapa contoh gambar yang superb, yang diambil menerusi lensa kamera iPhone's.



Kredit Gambar: Instagram Tengkuden15

Ada tiga pilihan warna untuk gajet iPhone 5s, iaitu putih, hitam dan juga emas. Kalau nak rank mana satu paling menarik bagi saya, mestilah bermula dengan warna emas, kemudian putih dan akhir sekali warna hitam.


Cabaran iPhone 5s Gajet Impian ditaja oleh:

1. http://ejamothman.com/
2. http://www.eridy.com/
3. http://www.hilalazmi.com/
4. http://eizil.com/
5. http://alansarhealth.com/
6. http://www.syuhada1981.com/
7. http://www.diarymama.com/
8. http://pendekarberkuda.org
9. http://www.saji.my
10. http://abangensem.com
11. http://www.enveeus.com
12. http://www.pakarniaga.com/
13. http://anarm.net
14. http://www.daddydee.net
15. http://www.sunshinekelly.com
16. http://sweetkurma.com
17. http://awn.my
18. http://mawarmerah2008.com
19. http://www.blogieta.com/
20. http://www.broframestone.com
21. http://www.akmaomar.com
22. http://khairilmazri.com

Jadi kepada semua blogger, anda sangat-sangatlah digalakkan untuk menyertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger ni. Ada rezeki boleh menang iPhone yang berharga lebih daripada RM 2,000 ni tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun duit daripada poket sendiri. Kan seronok macam tu. Hehe..

Kalau anda berminat nak join sekali, boleh ikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Denaihati.com dan ikut saja cara penyertaan seperti berikut:

Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s Gajet Impian
  1. Menulis satu entri dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dengan memasukan :
  3. Satu backlinks kepada blog Denaihati.
  4. Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
  5. Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  6. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  7. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  8. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.


Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama: Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang.
Hadiah Saguhati: Akan diberitahu oleh pihak Denaihati dalam post akan datang.

Semoga berjaya diucapkan kepada semua blogger yang ambil bahagian dalam cabaran iphone 5s gajet impian kali ini, jangan lupa untuk doakan saya juga ya.

Sama-sama kita bersaing secara sihat dan semoga cabaran ini dapat memeriahkan lagi bloggingcircle kita dan mengeratkan hubungan sesama kita semua. 

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment