Review Honor Tablet - Tab Mesra Pengguna Keluaran Huawei

Honor Tablet

Honor Tablet merupakan sebuah tablet dalam kelas pertengahan yang dikuasakan oleh sistem operasi Android dan merupakan tablet pertama dalam keluarga Honor keluaran syarikat Huawei. Alhamdulillah, saya sudahpun memiliki tablet ini dan saya akan kongsikan review tablet ini dengan anda semua.


Spesifikasi Honor Tablet

Tablet pertama dibawah brand Honor ini mempunyai skrin sebesar 8-inci dengan kapasiti bateri sebesar 4800 mAh. Honor tablet juga hadir dalam dua versi yang berbeza, satu dengan slot sim dan wifi internet manakala satu lagi hanya terhad kepada wifi sahaja, tetapi kedua-duanya dilengkapi ruangan memori sebesar 16GB dengan kebolehan untuk storan tambahan melalui kad memori.

Review Honor Tablet

Tablet dalam keluarga Honor ini dijual pada harga RM599 untuk pasaran Malaysia dan saya menerima tablet ini selepas seminggu pesanan dilakukan. Kalau tak disebabkan cuti krismas, mungkin saya boleh terima tablet ini dengan lebih awal lagi.

Dibawah merupakan gambar aksesori yang disertakan sekali dalam kotak iaitu sebuah Honor Tablet, wayar USB pelbagai guna, soket untuk pengecasan, buku manual dan juga kad waranti daripada Huawei. Aksesori yang tidak disertakan (perlu beli berasingan) pula ialah screen protector dan juga cover untuk tablet ini.


Dari segi rekaan, Honor Tablet ini menampilkan design yang minimalis dengan permukaan hadapan yang kosong di bahagian bawah manakala terdapat kamera, lampu notifikasi dan speaker di bahagian atas tablet ini.

Rekaan belakang juga ringkas, dengan sentuhan kerangka aluminium yang cantik seakan-akan sebuah iPad dan mempunyai tulisan honor di tengah-tengah kerangka tersebut. Kamera belakang terletak di penjuru sebelah kanan.



Selepas pertama kali dihidupkan, saya perlu menetapkan setting asas yang dikehendaki untuk tablet ini seperti pemilihan bahasa, penetapan sim kad, dan lain-lain. Untuk proses ini, terdapat arahan-arahan mudah yang disertakan sekali jadi ianya begitu mudah untuk difahami.



Honor Tablet juga boleh dikemaskini untuk versi Android terkini, proses ini memerlukan capaian internet yang stabil untuk dimuat turun.



Kamera Honor Tablet

Kamera 5MP yang terdapat pada Honor Tablet berfungsi dengan agak baik terutamanya jika saya mengambil gambar dikawasan yang cerah dan sedikit tidak memuaskan jika gambar diambil dikawasan yang kekurangan cahaya.

Gambar dibawah adalah contoh salah satu gambar yang diambil menggunakan tablet Honor ini.


Seperti yang saya maklumkan di awal entri, Honor Tablet dikuasakan oleh kapasiti bateri sebesar 4800 mAh dan saya amat berpuas hati dengan jangka hayat nya.

Untuk penggunaan ringan, tablet ini boleh bertahan lebih daripada dua hari tanpa pengecasan tambahan dan jika digunakan untuk kerja-kerja berat, ianya boleh mencapai sehingga satu dan setengah hari yang mana boleh dianggap sangat baik.

Penggunaan berat yang saya maksudkan termasuklah bermain Clash of Clans dan melayari website yang menyeronokkan seperti TheVocket.



Konklusi Review Honor Tablet

Honor Tablet sangat berbaloi untuk dimiliki kerana tablet ini mampu untuk mengendalikan pelbagai aktiviti sama ada ringan ataupun berat tanpa masalah yang kritikal seperti tablet Android yang lain. Walaupun dilengkapi dengan RAM sebesar 1GB sahaja, tetapi kelancaran aplikasi dan proses tablet ini tidak mengecewakan.

Tetapi jika anda inginkan kepuasan maksimum dengan tablet yang lebih tinggi spesifikasi dan harganya, anda bolehlah mendapatkan terus produk-produk Apple yang terbukti kualitinya.

Nasihat saya, anda perlulah membuat perbandingan harga di laman web PriceMe terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan sama ada untuk membeli ataupun tidak.

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment